Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat (17 Mei 2011)

Posted on May 19, 2011. Filed under: Selangor |

Pengenalan
17 May 2011 Hari Wesak merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia kerana ia merupakan hari yang suci bagi rakyat Hindu untuk diraikan. Jadi kami mengunakan kesempatan ini untuk membuat BBQ di Hutan Lipur Sungai Congkak di daerah Hulu Langat bersama empat rakan yang lain yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor ini. Hutan ini adalah di bawah penyeliaan Tourism Selangor S/B dan terdapat chalet untuk disewakan untuk penginap bermalam yang gemarkan hidup dengan flora dan fauna. Manakala bagi penginap yang berminat untuk bercamping juga dibenarkan untuk melakukan perkara demikian kerana sudah terdapat beberapa campsite dengan tapak tersedia dengan kadar bayaran RM10 untuk setiap set khemah jika bermalam di sana.

Alhamdulillah aktiviti dapat dilakukan dengan sehabis baik walaupun terdapat pembaziran makanan yang berlaku dan pergelutan antara aku dan hujan ketika menyediakan tempat berteduh kepada mereka.

Kos aktiviti
RM1 – Permit masuk
RM3 – Parking kereta
RMxx – BBQ

Rencana Perjalanan
17 May 2011
11AM – Bergerak dari Ampang ke Sg. Congkak, 1130AM – Tiba di pintu gerbang Hutan Lipur Sungai Congkak, 12PM – Tiba di campsite B dan seterusnya aktiviti setup camp, BBQ dan bermandi-manda, 5PM – Proses membersihkan campsite, 615PM – Waktu pulang

Pengalaman Positif dan Negatif
- Dapat berehat dari keterikan hari yang panas di tengah bandar Kuala Lumpur
- Tali Paracord 20m yang di beli dari Nadir (Outdoor Dynamics) menjadi tali buaian anak rakan yang berumur enam bulan
- Perkakasan outdoor tidak mencukupi seperti bag outdoor, groundsheet dan flysheet kerana rakan yang masih di dunia perhutanan
- Makanan BBQ yang tersangat berlebihan kerana rakan yang bertanggungjawab ke atas makanan tidak professional
- Rakan yang asyik bergaul sesama pasangan membuatkan pengurusan di campsite agak kucar-kacir kerana tidak cukup tangan
- Tali kambing yang berukuran 25m ditambah dengan Paracord 20m digunakan sepenuhnya ketika bergelut dengan hujan bagi menyediakan tempat berteduh kepada rakan yang lain

Pengajaran
- Sediakan payung sebelum hujan
- Pastikan plastik sampah dibawa dengan kadar yang lebih
- Khemah dan baju kering mesti di dalam keadaan standby di dalam kereta jika keadaan sangat memerlukan
- Hammock dan sebuah buku untuk memberikan keselesaan dan pengisian masa terluang di hutan

Catatan oleh,
Amir Zaki Amran

About these ads

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

    About

    Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk – Surah Al-Anbiyaa':31

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: