Gunung Stong, Jelawang (2 – 6 Jun 2011)

Posted on June 9, 2011. Filed under: Kelantan |

Pengenalan

Nama: Gunung Stong
Lokasi: Jelawang, Kelantan
Ketinggian: 1422m/4,664ft
Titik Permulaan: HQ Gunung Stong, Taman Negara
Jumlah Kos Trip : RM230 termasuk permit, guide, makan dan minum, khemah, transport van dan keretapi

Penunjuk Arah: Mat Six (Guide dari Kem Baha)
No Telefon: 017-9488501 dan 014-5422051

Penunjuk Arah dan Chef: Zulkifli Bin Romli (Jeejon Travel & Outdoor)
No Telefon: 019-2604425

Gunung-ganung dikawasan ini mula menjadi tarikan pendaki-pendaki tegar hasil pembukaan trek oleh seorang bekas komando yang lebih sinonim dengan nama Encik Baha. Beliau meninggal dunia pada tahun 2002 dan telah mewariskan ilmu hutan serta tanggungjawab penjagaan gunung kepada anak-anak murid beliau. Disebabkan kawasan ini mempunyai daya tarikan yang tinggi seperti air terjun, flora dan fauna, Taman Negara mula bertindak dengan mengambil alih kawasan kaki gunung ini dan menyediakan kemudahan yang lebih teratur seperti chalet, tandas, dan cafe.

Gunung Stong ini amat terkenal dengan kecantikan air terjun sehingga mendapat liputan media beberapa kali dengan host yang terkenal seperti Normala Samsudin dari TV3. Nama Stong ini datangnya dari perkataan Inggeris iaitu Stone kerana gunung ini kebanyakannya diliputi oleh batu-batuan malah puncak Gunung Stong ini pun berada di atas seketul batu yang boleh memuatkan lebih dari 25 orang. Terdapat dua gunung yang memenami rapat Gunung Stong iaitu Gunung Ayam dan Gunung Baha. Manakala untuk pendaki tegar yang meminati Trans Hiking boleh menjalankan aktiviti selama 6D5N dengan sembilan puncak gunung yang boleh di daki iaitu Stong 1420m, Baha 1450m, Ayam 1500m, Che Tahir 1430m, Beirut 1380m, Noring 1861m, Tara 1555m, Menyelit 1345m, Saji 1286m dan Kob 1240m.

Digembar-gemburkan oleh pihak media air terjun disini merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 303m, tetapi ada juga yang mengatakan terdapat air terjun yang lebih tinggi di Sarawak dan ia tidak mendapat sambutan yang mengalakkan kerana terpaksa meneroka hutan simpan dara yang tebal dan alat media susah mendapat liputan di situ. Jumlah keseluruhan air terjun di sini terdapat empat buah manakala juga terdapat tujuh telaga air.

Mitos dan Cerita Dongeng

Hasil kaji selidik oleh orang tempatan dan penunjuk arah, terdapat beberapa mitos yang menarik perhatian boleh didengari tentang gua dan gunung rekreasi ini seperti lembaran di bawah:-

> Diberi nama Telaga Tujuh Puteri kerana suatu ketika dahulu orang tempatan pernah melihat seorang puteri
> Nama Gunung Ayam diberi adalah kerana ayam kampung peliharaan Che Siti Wan Kembang ternampak oleh penduduk tempatan
> Sang Kelembai pernah iaitu seorang manusia yang berbadan tinggi pernah mendiami Gunung Stong. Contoh batu besar di CP4
> Penjaga puteri tersebut ialah seekor centaur yang berbadankan manusia manakala kakinya ialah dari kuda. Dikatakan amat marah dengan En Baha atas pembukaan trek ke Gunung stong dan Ayam. Pernah menyerang hendap kumpulan trekking En Baha ketika di Simpang Y yang membahagikan trek ke puncak Gunung Stong dan Ayam.

Rencana Perjalanan

2 Jun
830PM – Berangkat dari KL Sentral ke Dabong dengan mengunakan perkhidmatan KTM

3 Jun
0730AM – Tiba di Stesen Keretapi Dabong dan minum pagi, 0845AM – Berangkat ke Kem Gua Ikan, 0918AM – Meneroka Gua Gelap, 0958AM – Meneroka Gua Keris, 1049AM – Meneroka Gua Gong, 1100AM – Tiba kembali di Kem Gua Ikan, 1151AM – Tiba di Stesen Keretapi Dabong kembali, 1214PM – Tiba di HQ Taman Negara Gunung Stong, 0100PM – Pendakian ke Kem Baha bermula menerusi Trek Air Terjun, 0128PM – CP Air Terjun Pertama untuk makan tengahari, 0225PM – CP Pondok, 0239PM – Pendakian diteruskan, 0321 – Tiba di Kem Baha dan seterusnya aktiviti bebas

4 Jun
0630AM – Bangun untuk Solat Subuh dan bergerak ke Puncak Air Terjun Kedua untuk menghayati Sunrise, 0710AM – Matahari mula keluar dari celah bukit, 0800AM – Minum pagi, 0855AM – Seisi Briefing, Warm-up dan bacaan doa untuk mendaki ke Puncak Gunung Stong, 0920AM -Pendakian bermula dari Kem Baha, 0950Am – Tiba di CP1 Sungai Rantai, 1034AM – Tiba di CP2 Tanah Lapang, 1054AM – Tiba di CP3 Gua dan berehat, 1130AM – Pendakian diteruskan, 1240PM – Tiba di CP4 Batu Sang Kelambai, 0134PM – Tiba di Puncak Gunung Stong, 0314PM – Turun dari puncak untuk kembali ke Kem Baha, 0351PM – Tiba di CP4 Batu Sang Kelambai, 0431PM – Tiba di CP3 Gua, 0507PM – Tiba di CP1 Sungai Rantai dan berehat, 0607PM – Kembali bergerak ke Kem Baha, 0627PM – Tiba di Kem Baha dan seterusnya aktiviti bebas

5 Jun
655AM – Bangun solat Subuh dan layan Sunrise serta minum pagi, 1053AM – Pendakian bermula untuk memburu Telaga 7 Puteri dan Air Terjun Y, 1058AM – Tiba di Telaga 7 Puteri, 1124AM – Tiba di Air Terjun Y, 1255PM – Mula turun ke Kem Baha, 0115PM – Tiba di Kem Baha

Pengalaman Positif dan Negatif

> Pertama kali dalam hidup:-
…….- tidur dua malam di dalam kepompong hammock bertingkat bersama empat rakan yang lain
…….- meneroka gua
…….- layan sunrise yang sangat menarik perhatian setelah malamnya hujan pada pagi yang ketiga
- trip pendakian yang paling terbesar dalam 30 orang dewasa
> Bau hamis yang datangnya dari seekor harimau agak kuat ketika melalui Titian Balak
> Bunyi dengusan khinzir hutan kedengaran ketika CP2 ke CP1
> Dikacau oleh makhlus halus ketika jam 4AM ketika tidur di dalam kepompong hammock di malam kedua, Kem Baha
> Bertemu dengan Titian Balak yang terpanjang pernah di lalui dan akar balak yang terbesar
> Ular yang panjang 1m melingkar pada bahagian belakang badan kawan ketika rancak berborak di waktu malam pertama
> Rata-rata suhu air terjun gunung ini berkadaran 23°C
> Keadaan permandang puncak yang tidak memberangsangkan kerana ditutupi oleh kabus tebal
> Sufi anak kepada Jeejon, 7 tahun antara hiker pertama daripada tiga sampai ke puncak
> Salah seorang peserta perempuan kami terkena pacat di pusat dan diselamatkan dengan minyak angin
> Kepala air yang sangat derus dan kuat berlaku di air terjun sejerus kami sampai di HQ Stong kerana hujan lebat

Info

> Harga tiket keretapi KTM class B untuk berkatil adalah RM51 bagi katil bawah manakala RM43 bagi katil di atas
> Waktu pergerakan keretapi KTM dari KL ke Dabong ialah 830PM → 730AM manakala Dabong ke KL ialah 930PM→ 710AM
> Terdapat satu kedai menjual peralatan outdoor di Dabong
> Terdapat lebih 4 gua boleh diterokai di Dabong tetapi 4 menjadi tarikan iaitu Gua Gelap, Gua Ikan, Gua Gong dan Gua Kris
> Jumlah keseluruhan air terjun di Gunung Stong ialah empat
> Gua Gelap ialah gua yang paling susah diterokai kerana terdapat satu laluan kecil yang terpaksa merangkak di dalam air
> +6019-2604425(Anak arwah En Baha) ialah no telefon utama Kem Baha bagi mendapatkan guide
> Tempat perkhemahan utama ialah di Kem Baha dan boleh memuatkan lebih dari 100(anggaran)
> Last waterpoint untuk trek ke puncak Gunung Stong ialah 2-3 minit dari CP3 Gua, namun digalakan mengambil air di CP3

“Akan aku kembali ke Jelawang untuk menakluki Trans 9G sebagai gol dalam hidup, it’s because they were just there”

Catatan oleh,
Amir Zaki bin Amran

About these ads

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

3 Responses to “Gunung Stong, Jelawang (2 – 6 Jun 2011)”

RSS Feed for Pelayaran Hidup Comments RSS Feed

Trans 9G? I follow, huhu…

hehe boleh bro. simpan cuti hujung tahun. tengah kumpul maklumat pasal ke 9 gunung tersebut.

sebab dah janji pada guide mat six yang akan kembali untuk kesemua 9 gunung dalam 1 trip dan dia bagi tahu boleh dilaksanakan dalam masa 6D5N

Salam, sy dah merancang kesana january ni, if bro boleh lg bg info2 utk kesana boleh x? Just send me an email.. So nnt boleh la sy tanya ape yg nk perlu. Tq


Where's The Comment Form?

    About

    Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk – Surah Al-Anbiyaa':31

    RSS

    Subscribe Via RSS

    • Subscribe with Bloglines
    • Add your feed to Newsburst from CNET News.com
    • Subscribe in Google Reader
    • Add to My Yahoo!
    • Subscribe in NewsGator Online
    • The latest comments to all posts in RSS

    Meta

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: